Monday, July 31, 2006

Road show SISMEP 12

Pengunjung yang budiman,

Sekian lama saya tidak berbicara. Buat masa ini, saya terlalu sibuk menjelajah ke seluruh negara untuk mengendalikan Bengkel SISMEP 12. Apa itu SISMEP 12?

SISMEP 12 adalah satu sistem perkomputeran yang berperanan membaca data dan menganalisa data secara saintifik dan sistematik untuk tujuan merancang dan melaksanakan Tindakan Strategik bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke 12. “SISMEP 12” adalah akronim “Sistem Menang Pilihan Raya 12.”

SISMEP 12 merupakan sistem yang cukup canggih untuk membantu pimpinan dan jentera Parti untuk bergerak dengan lebih fokus dan terancang berdasarkan fakta dan petunjuk ‘kelakuan politik’ pemilih di sesuatu kawasan.

Sistem ini juga mampu mengesan kaedah-kaedah penyelewengan dan penipuan oleh SPR dalam mengendalikan pilihan raya serta mendedahkan kelemahan-kelemahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Saya memulakan road show ini di Pulau Pinang pada 29 Julai dan disusuli dengan Perak pada 30 Julai. Tentunya saya sangat gembira menyaksikan bukan sahaja jumlah penyertaan yang menggalakkan, tetapi juga kualiti para peserta yang cukup meyakinkan.

Hujung minggu lalu, lebih 300 peserta menyertai bengkel ini. Para peserta terdiri daripada pimpinan Perhubungan Negeri, Ketua-Ketua Bahagian, AJK Bahagian, Angkatan Muda dan Wanita Bahagian.

Saya dan team dari JPRP ( Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat ) akan meneruskan road show di Kedah pada 5 Ogos ini, dan disusuli Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 6 Ogos, dan Pahang pada 13 Ogos.

Tunggu kami di sana…

Friday, July 07, 2006

Jom sokong Suara Keadilan

Saya mengajak anak-anak muda untuk melanggan Suara Keadilan yang sarat dengan penjelasan isu-isu semasa dan juga membicarakan dasar-dasar perjuangan keADILan. Saya mengundang pandangan dan kritikan generasi muda kerana saya yakin dengan perbahasan dan wacana yang sihat, mampu membina generasi yang berpegang kepada prinsip perjuangan dan idealisme yang jelas.

Imput saudara-saudari boleh membantu Suara Keadilan untuk menerbitkan akhbar yang lebih menarik dan berkualiti.

Suara Keadilan adalah sumber penting untuk rakyat menilai dan membuat perhitungan yang adil terhadap Parti Keadilan Rakyat.