Saturday, March 24, 2007

Anak muda Tionghua yakin dengan keADILan

Ceramah saya di Jalan Enggang, Keramat malam tadi mendapat tentangan dari UMNO sehingga memaksa pihak polis tidak meluluskan permit. Namun, pihak penganjur dan tuan rumah tetap mendesak majlis penerangan diteruskan. Sambutan dari penduduk tempatan sekitar Ampang dan Keramat cukup memberangsangkan. Saudara Saari Sungip, Ketua Penerangan PAS Gombak dan Saudara Hasmi Hashim, Ketua Bahagian keADILan Parit Sulong turut sama menjayakan majlis ini.

Sejurus selesai ceramah pada jam 11.55 malam, saya dihampiri oleh seorang anak muda Tionghua yang menetap di Taman Tun Abdul Razak, Ampang. Beliau berpuashati dengan dasar-dasar yang dibawa oleh keADILan khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan hubungan di antara kaum dan agama. Anak muda Tionghua ini secara spontan menawarkan khidmatnya untuk membantu memperkasa keADILan khususnya di Ampang dan Gombak. Beliau mengambil nombor telefon bimbit saya dan pohon pertemuan dalam masa terdekat untuk membicarakan persoalan penyertaan beliau dan anak-anak muda Tionghua yang lain dalam menjayakan agenda perubahan yang dipimpin oleh keADILan.

Saya cukup yakin perkembangan ini akan terus kita saksikan apabila pimpinan dan ahli-ahli parti dapat menumpukan tenaga dan perhatian mereka untuk memberikan penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu rakyat.

18 Comments:

Blogger hizwan said...

Aslmkm tuan.Izinkan saya ucapkan terima kasih atas kesudian menjayakan Program Ceramah di Enggang Selatan.Ada beberapa perkara ingin saya bicarakan.Pertama berkaitan kesediaan tuan bermuafakat dalam soal pencalonan Jawatan TimPres.Saya ucapkan tahniah atas keputusan itu walaupun dengan hati yang berat.Kedua soal anak muda Tionghwa di atas.Sudilah kiranya memberikan no. hp beliau kepada saya atau berikan nombor saya kepadanya kerana kami barisan AMK Ampang sedang memperkuat jentera UPU dan Taman TAR masih belum kami punyai wakil.Yang ketiga saya berharap pihak Biro Politik dapat memikirkan sesuatu untuk menangani karenah merajuk/keluar parti/letak jawatan yang mendidih setiap kali menjelang pemilihan dalam Kongres.Sekian..Ikhlas dari Hizwan,
Tim.Ketua AMK Ampang 017-6481648

10:33 PM  
Blogger Azmin Ali said...

Saudara Hizwan,

Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk meraikan undangan dari akar umbi khususnya program yang bertujuan untuk memperkasa parti dengan memberikan penerangan mengenai isu-isu semasa kepada rakyat.

Saya akan terus komited serta tumpu kerja dan perhatian saya untuk parti walaupun tidak bertanding. Saya hargai pernyataan sokongan dari pelbagai pelusuk negara yang mahukan kepimpinan saya. Saya akan berusaha untuk memberikan kepimpinan saya melalui perancangan yang rapi dan muafakat yang utuh.

Anak muda Tionghua ini bercadang untuk ketemu saya dalam masa yang terdekat. Saya akan sampaikan hasrat saudara kepadanya kelak. Saya tidak mempunyai nombor talian beliau. Saya memberikan nombor saya kepadanya dan beliau akan menghubungi saya.

Watak merajuk, khianat dan keluar parti bukan perkara asing dalam mana-mana perjuangan. Dalam sejarah Islam, Abdullah bin Ubai yang dilihat "berjuang" dengan Baginda Rasulullah, berhijrah bersama dari Mekah ke Madinah dan membina masjid; akhirnya diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk membakar masjid tersebut kerana Abdullah bin Ubai bukan berjihad untuk Allah S.W.T malah adalah pengkhianat dalam perjuangan menegakkan Islam.

UMNO,PAS dan DAP melalui proses yang sama di mana pengasas seperti Dato' Onn Jaafar, Dato' Asri Muda dan Lee Lam Thye; sekadar menyebut beberapa nama; meninggalkan parti masing-masing.

Dalam sistem demokrasi, itu adalah hak demokrasi seseorang. Tidak semua di kalangan kita mempunyai tahap daya tahan dan daya juang yang sama. Yang penting ialah ahli-ahli dan pendukung yang tinggal dalam wadah ini adalah di kalangan orang-orang yang mempunyai prinsip dan istiqamah di dalam perjuangan. Inilah sebenarnya kualiti yang akan menjamin survival sesuatu perjuangan itu.

Saya mendoakan semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dengan Allah S.W.T. dan mempunyai kecekalan dan semangat perjuangan yang tinggi.

2:31 AM  
Blogger A_Junior said...

Assalamualaikum wbt Sdr Azmin,

Saya bersetuju dengan pandangan sdr selama ini tentang pemimpin yang datang, pergi dan berambus....datang merujuk kepada pemimpin yang sudi bersama-sama berjuang demi kekuatan parti, pergi merujuk kepada pemimpin2 yang meinggalkan kita secara baik serta terhormat...dan berambus pula merujuk kepada pemimpin2 yang keluar parti, meninggalkan parti dan kemudiannya membuat berbagai-bagai andian tentang parti baik secara zahir atau pun senyap2...kekadang sikap yang dibuatnya itu menyerlahkan sama kebodohannya selama ini menjadi pemimpin yang diharapkan.

Sdr, saya bersetuju dan amat mengharapkan agar sdr dapat menimbangkan kembali tentang hasrat orang-orang dibawah yang inginkan sdr naik keatas dan seterusnya berada di tampuk no 2 parti ketika kongres nasional nanti. Usah dilayan cakap2 belakang yang mempertikai kredibiliti sdr utk berada disitu..zaman sekarang siapa yang lembap harus ditinggalkan...bukannya di beri ruang waima sepenggal lagi pun...kita tidak perlu mempunyai pemimpin yang tidak mahu bekerja dan berada didalam keadaan 'rigid' untuk selamanya...

sdr, kehendak masyarakat serta ahli peringkat bawah, kampung dan desa terhadap sdr agar terus berada di pentas utama no 2 itu adalah lahir daripada melihat sdr yang selalu bersama mereka serta tidak 'berat' untuk turun kebawah didalam apahal sekali pun...namun begitu sikap sesetengah pemimpin yang ingin berada diatas tetapi untuk bersama dengan ahli bawahan amat jauh sekali..jangan kan kata mahu datang sekiranya di undang ke program ceramah atau perjumpaan kecil bersama rakyat, namun untuk menjawab panggilan telefon atau sekurang-kurangya sms pun tidak pernah di lakukan! Itu kah gaya yang kita harapkan daripada mereka?

Sdr, saya berharap agar sdr dapat menimbangkan kembali hasrat kami semua untuk sdr berada di tampuk no 2 nanti, Insya Allah.

Azmin Junior, Bera

9:24 PM  
Blogger azad said...

berjuang tanpa kenal erti penat. teruskan. saya doa dari jauh.

6:01 PM  
Blogger Amiruddin Azlan said...

sy ada di majlis tersebut.memang sambutan yang diberikan agak hangat. teruskan berjuang menyebar penerangan kerana sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.

11:12 PM  
Blogger zact73 said...

assalamualaikum

Saya amat yakin dengan keadilan bermula pada hari pertama DSAI dipecat sehingga hari ini. Saya berkhidmat dengan kerajaan sebenarnya sudah terlalu letih menyaksikan tangan-tangan celaka yang memimpin kami dikala kami sendiri sudah letih.
Sampaikan salam buat semua pejuang dan saya mendoakan anda serta rakan-rakan selamat dan berjaya.

zact73@gmail.com
kuching

7:34 AM  
Blogger ladymariah said...

tahniah!

9:28 PM  
Blogger syeikhryz said...

Memang sudah menjadi tradisi&tabiee UMNO untuk menyalak dan melatah!...biasa la tu!.....salam perjuangan!.

12:22 PM  
Blogger whowantstoknow said...

apa dah jadi ni?lama tak dgr berita saudara...kenape menyepi..we hunger to hear ur werds la dude

10:56 PM  
Blogger jayaklang said...

Aslmkm Sdr Azmin. Saya percaya kerajaan yang ada sekarang boleh ditumbangkan. Pengundi sudah tidak senang hati dengan kerajaan yang ada tetapi masih sangsi untuk mengundi pembangkang. Kesangsian ini wujud kerana tiada jaminan bahawa pembangkang akan lebih bertanggung jawab dari kerajaan yang sedia ada.

Untuk menghilangkan kesangsian ini saya fikir PKR haruslah membuat satu ikatan yang jujur dengan parti pembangkang yang lain terutamanya DAP dan PAS. Persefahaman sementara ketika pilihanraya bukan lagi pilihan sekiranya ingin membentuk kerajaan baru. Semua isu berkaitannya harus dibincangkan dan dipersetujui oleh semua komponen pembangkang serta didokumenkan sejelas-jelasnya.

Saya berpendapat apa yang diinginkan oleh rakyat ialah satu jaminan (deklarasi bertulis) dari ikatan parti pembangkang yang ditandatangani oleh Pemimpin PKR, DAP & PAS yang menjamin bahawasanya :

1. Ikatan pembangkang akan menarik baik keputusan yang membebankan rakyat ( Contohnya kenaikan tol,minyak dan barangan kegunaan harian )

2. OSA , ISA dan semua akta yang boleh disalahgunakan akan dimansuhkan.

3. Sejajar dengan tafsiran asal DEB, pembasmian kemiskinan akan dilakukan tanpa mengira kaum.

4. Majlis raja-raja dan para sultan akan diberikan lebih kuasa dan peranan.

5. Semua jawatan ahli exco majlis daerah adalah berdasarkan pemilihan rakyat.

Banyak lagi perkara yang lebih "straight to the point" boleh ditambah.

Apa komen Sdr Azmin?

12:19 PM  
Blogger Tentang Ku said...

Tahniah kepada YB Azmin Ali atas kemenangan dalam pilihanraya semalam hingga mencapai kejayaan yang besar atas BA yang memungkinkan Negeri selangor, perak p. pinang, kedah dan mengekalkan kelantan.

Tahniah dan semoga YB senantiasa melaksanakan tanggungjawab yg telah kami berikan khususnya di negeri selangor... semoga allah merahmati segala yg dilaksanakan oleh YB....

setelah hampir 9 tahun menanti, akhirnya membawa kejayaan...

Tahniah buat saya... reformasi...reformasi...

1:11 PM  
Blogger halim said...

I have some wishes :-

1. do the job as people's representative...!

2. give back what the people's rights..!

I believe in 5 years time, this clean government will still ruling the states!...

takbir!

7:06 PM  
Blogger Dennis said...

Greetings Sir Azmin Ali,I will be joining the party soon and i will be bringing a lot of my chinese and indian brothers with me.. We will fight the good fight together with keadilan and work hard to reject race based politics!
Reformasi! Hidup Keadilan!

12:29 PM  
Blogger zam88 said...

saya berdoa kepada ALLAH S.W.T. agar BARISAN NASIONAL dan UMNO kekal memerintah MALAYSIA buat selamanya tanpa sebarang masalah.Saya juga berdoa agar ALLAH S.W.T menyelamatkan negara MALAYSIA daripada gangguan pakatan rakyat dan anuar ibrahim yang mempunyai agenda untuk menghancurkan MALAYSIA.mudah-mudahan ALLAH S.W.T akan membuka pintu hati rakyat MALAYSIA berbilang kaum dan agama agar menolak pakatan rakyat dan anuar ibrahim serta terus menyokong BARISAN NASIONAL dan UMNO.

12:57 AM  
Blogger zam88 said...

pada pendapat saya,parti keadilan adalah sebuah parti syaitan yang bertopengkan keadilan dan demokrasi.parti keadilan berselindung disebalik perbuatan anuar ibrahim yang hanya tahu meliwat.tidak perlulah saudara azmin memuji dan mengagung-agungkan parti keadilan yang hanya tahu merosakkan negara untuk kepentingan raja liwat(anuar ibrahim).saya berdoa kepada ALLAH S.W.T. agar rakyat malaysia sedar dan insaf bahawa ANUAR IBRAHIM,KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT adalah golongan yang penipu,pembohong,peliwat dan makan rasuah.

2:52 AM  
Blogger jiro said...

Saya sangat tertarik dengan point no 3 dari jayaklang :-

3. Sejajar dengan tafsiran asal DEB, pembasmian kemiskinan akan dilakukan tanpa mengira kaum.

apa yang sangat saya tertarik adalah DEB yang mahu ianya dilakukan/dilaksanakan pmberian dan faedahnya tanpa mengira kaum??

1.saya ingin bertanya kepada sdr azmin dan jayaklang apakah selama/sebelum ini DEB dilaksanakan kaum lain selain melayu tidak mendapat keuntungan darinya???
2.ekonomi malaysia sekarang siapa atau bangsa mana yang mengawalnya tolong sdr azmin jawap??
3.Pembekal2 dimalaysia ini terdiri dari bangsa apa?
4.Adakah dengan terlaksananya hasrat KeaDilan ingin mensamaratakan semua hak bangsa dimalaysia ini akan menjamin keadilan khususnya kepada org melayu??

realiti sekarang kebanyakkan peniaga melayu kontraktor melayu semakin kurang dan semakin gulung tikar akibat dari kemansuhan DEB kepada dasar yang baru ini kerana peniaga dan kontraktor melayu MASIH BELUM MAMPU untuk bersaing dengan bangsa lain kerana kaum lain masih mengamalkan sikap perkauman terutama dlm pembelian barangan dari pembekal kerana pembekal di Malaysia ini tiada yang berbangsa melayu ini adalah realiti dan hakikat yang sebenar yang terpaksa ditanggung oleh peniaga dan kontraktor sekarang...
sdr azmin adakah ini yang dipanggil keadilan???
jika dasar DEB ini diteruskan saya yakin dan sememangnya semua bangsa akan mendapat keuntungan darinya Kontraktor dan pembekal pasti akan merasa keuntungan dari dasar DEB.

Salam,

12:23 AM  
Blogger Faizal Zakaria's Blog said...

Anak muda mana tu?




salam ziarah :-)










Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Blog Pilihan Generasi Muda
http://pro-faizal.blogspot.com
Aura Baru Pemuda UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

11:22 PM  
Blogger fooey said...

Greetings my good man Azmin,

although being currently tied down to a job that requires me to be based in Singapore and frequently travel around the globe, I head back weekly to my kampung, Taman TAR Ampang to spend my weekends...and I cannot help but feel a strong sense of connection when I came across your blog and read that you are in fact making an effort to build a strong KeADILan foundation in my 'kampung'. Like the pemuda TiongHua that you mentioned, please let me know on how I can help with the such an effort in the AMK Ampang Division(as I am still only 23).
Saya confident dengan agenda PKR, dan sudi membantu berkhidmat dalam perjuangan rakyat ini. Let me know through email.


-fooey-

12:47 AM  

Post a Comment

<< Home