Saturday, March 24, 2007

Pengerusi SPR terus melatah

Semenjak kebelakangan ini, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR sering melatah. Wataknya tidak ubah seperti Ketua UMNO Cawangan atau Pengerusi JKKK. Kenyataan media yang dibuat oleh Rashid tidak menjawab persoalan pokok yang menghakis kewibawaan SPR tetapi jawapan-jawapan yang diberikan tidak tuntas dan tidak mengambarkan profesionalisma dan kredibiliti seorang ketua yang menguruskan badan bebas seperti SPR.

Kenyataan Rashid yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kroni Barisan Nasional pada 22 Mac 2007 yang mencabar parti-parti politik untuk membawa SPR ke mahkamah adalah gimik dan beremosi. Apakah Rashid sudah lupa ? Apakah Rashid mengaminkan kenyataan Mahathir bahawa "Melayu mudah lupa" ?

Penghakiman yang dibuat oleh Yang Arif Muhammad Kamil pada tahun 2001 berhubung pendaftaran bukan warganegara Malaysia sebagai pemilih dan kehadiran pengundi hantu dalam Daftar Pemilih DUN Likas; sehingga mahkamah pilihan raya membuat penghakiman untuk diadakan semula Pilihan Raya Kecil DUN Likas; serta penghakiman dalam mahkamah pilihan raya berhubung petisyen Pilihan Raya Umum ke 11 Parlimen Gombak sudah cukup untuk membuktikan penyelewengan dan penipuan dalam proses dan perjalanan pilihan raya di Malaysia yang dikendalikan oleh SPR.

Justeru itu, Rashid tidak perlu mencabar lagi. Saya mengajak Rashid untuk tumpu kerja dan segera memulakan reformasi sistem pilihan raya secara menyeluruh. keADILan akan terus menuntut SPR memulakan langkah awal reformasi sistem pilihan raya dengan menghapuskan undi pos di kalangan anggota tentera dan polis, membersihkan daftar pemilih dan membenarkan penggunaan dakwat kekal untuk pemilih membuang undi.

Semoga Rashid dan SPR dapat menyelamatkan Malaysia dan rakyat Malaysia. Usah bersekongkol dengan Mugabe dan Zimbabwe.

3 Comments:

Blogger Hanafi said...

rashid ni patut pencen dah

4:44 PM  
Blogger MASTER BUTCHER CHEF said...

Salah tu.... Bukan patut pencen...
Patut Mampus di panah petir...

3:53 AM  
Blogger MASTER BUTCHER CHEF said...

Dengan nama ALLAH yang maha mengetahui.
Ini doa kami buat SELURUH KEPIMPINAN KEADILAN.
Berkat BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM...

Allahumma Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim
Muliakan lah hidup pemimpin kami DSAI & DSWA serta rakan rakan perjuangan di dalam PARTI KEADILAN kami dengan siraman cahaya hidayah - Mu sebagaimana Dikau sinari bumi dengan cahaya matahari-MU Sinarilah diri kami dengan Nur kefahaman yang tajam sehingga memudahkan kamu menguasai dan memahami ilmu pengetahuan yang menjadi perisai kejayaan hidup kami duniawi dan ukhrawi,

Ya Zaljalall Walikram
Hiaslah diri dan jiwa kami dengan kilau pancaran iman dan binalah hidup kami dengan asas taqwa
yang bakal memberi kekuatan dan daya pemikiran serta azam yang tinggi bagi melaksanakan tugas manusiawi kami seluruh penyokong KEADILAN yang berjuang membina kecemerlangan UGAMA & BANGSA, dalam usaha menegakkan Islam agama kami, Agama keredaan-Mu dan negara kami kurniaan -Mu.

Ya Malikud Dayyan
Sematkanlah di dalam rongga hati murni kami,Perasaan penyayang dan semangat perpaduan serta permuafakatan yang bernafaskan toleransi, dan budi bicara yang mendalam antara kami dan para pimpinan KEADILAN serta penyokong.

Dibarakati Asmaikal Husna Washifa tika Uzzma
Jadikanlah hari-hari selama kami di perjuangn dipilihanraya umun ini merupakan hari-hari yang berisikan hal-hal positif sehingga terpelihara disiplin diri dan tegak utuhnya peraturan perharian yang menjadi budaya kepimpinan kami.

Ya Allah Ya Man ha Arada Syalan An Yahilahu Kun Fayakan
Jadikanlah negara kami Malaysia dan seluruh Negara Islam serta kepimpinan PARTI KEADILAN & PAS di rantau dunia ini,sebagai pemerintah negara aman, makmur dan stabil di dalam segala hal, dan urusannya serta mendapat kerestuan & kemenangan seluruh perjuangan PARTI KEADILAN & PAS Ya ALLAH.

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagongan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagongan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh kepimpinan PARTI KEADILAN & PAS yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah disebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan; dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka.

Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "BN", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah.

Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman “BN”,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH.
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Penyelewangan golongan “BN” telah berterusan tersasar jauh.

Dan ... Pemimpin “BN” penjenayah Ya Allah, Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang kumpulan munafikin “BN”, Pusat kekufuran dan fasaad. Kirimkan kekuasaan-Mu menentang “BN”, Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu. Mereka menjana kemusnahan, kekejaman, ketidakadilan kepada bumi Malaysia.

INSYALLAH... KALI INI PEMRINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA BAKAL DIMENANGI OLEH BARISAN ALTERNATIF...

AMIN YA RABBAL ALAMIN...
HIDUP DSAI & DSWA serta seluruh kepimpinan PARTI BA & PAS.

8:19 PM  

Post a Comment

<< Home