Wednesday, December 06, 2006

Jelajah SISMEP 12

Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) meneruskan jelajah untuk mengendalikan Bengkel SISMEP 12. Pada 25 Nov yang lalu, saya dan JK berada di Johor Bharu dan kami turun ke Masjid Tanah pada 2 Dis 2006 bagi mengendalikan Bengkel SISMEP 12 Peringkat Negeri Melaka bersama Negeri Sembilan.

Dr. Mansor Othman dan saya telah menjelaskan kepada peserta-peserta bengkel mengenai proses pembinaan SISMEP 12, kaedah membaca Dokumen SISMEP 12 dan kaedah menjalankan culaan melalui Borang Kajian Selidik (BKS) bagi mengemaskini daftar pemilih.

Bengkel ini dijalankan ketika SPR membuat pengakuan rasmi pada 19 Nov 2006 bahawa daftar pemilih 2004 tidak bersih kerana mengandungi 180,000 pemilih yang sudah meninggal dunia. Ada di kalangan pemilih yang sudah meninggal dunia selama lebih 30 tahun. Tan Sri Abdul Rashid juga mengakui terdapat pemilih yang mendaftar lebih satu kali.

Kita mesti meneruskan usaha untuk mendesak supaya SPR menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas termasuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya yang akan datang.

Bengkel SISMEP 12 akan diteruskan ke Sabah dan Kelantan.