Jom sokong Suara Keadilan
Saya mengajak anak-anak muda untuk melanggan Suara Keadilan yang sarat dengan penjelasan isu-isu semasa dan juga membicarakan dasar-dasar perjuangan keADILan. Saya mengundang pandangan dan kritikan generasi muda kerana saya yakin dengan perbahasan dan wacana yang sihat, mampu membina generasi yang berpegang kepada prinsip perjuangan dan idealisme yang jelas.
Imput saudara-saudari boleh membantu Suara Keadilan untuk menerbitkan akhbar yang lebih menarik dan berkualiti.
Suara Keadilan adalah sumber penting untuk rakyat menilai dan membuat perhitungan yang adil terhadap Parti Keadilan Rakyat.
Imput saudara-saudari boleh membantu Suara Keadilan untuk menerbitkan akhbar yang lebih menarik dan berkualiti.
Suara Keadilan adalah sumber penting untuk rakyat menilai dan membuat perhitungan yang adil terhadap Parti Keadilan Rakyat.
12 Comments:
Saya adalah pengasas dan pengarang sulong "Suara Keadilan" yang ketika itu namanya adalah "Berita Keadilan." Kemudian saya melalui tribulasi kerana ada unsur jahat yang tidak suka dengan idea-idea terbuka dan kritis dalam koran partai. Mereka melakukan konspirasi dan berhasil melaksanakan "regime change." Sekarang belang mereka terdedah dan satu demi satu meniggalkan parti dan perjuangan. Tetapi saya berlapang dada dan tidak pernah mengungkit perkara ini meskipun saya ketika yang sama adalah Ketua Penerangan. Saya terus beritiqamah menyokong lidah rasmi parti tak kira siapa pengarangnya. Saya juga berterima kasih kepada semua yang telah berkhidmat menjamin kesinambungan lirah rasmi partai. Maka, dengan ini, sesungguhnya,saya dengan tidak berbelah bagi, menyokong saranan Naibpres Azmi Ali. Jom berlanggan "Suara Keadilan."
OOOPs, jangan lupa sokong ITALI! Naibpres janganlah masih sokong Brazil.
Suara Keadilan ? Saranan supaya anak-anak muda melanggan? Apakah Suara Keadilan kini sudah mencapai tahap yang dikira amat baik? Di manakah rencana berbentuk pendidikan , sosial dan ekonomi selain daripada politik ?
Sejauh manakah usaha untuk memperbaik dan mempertingkat kualiti Suara Keadilan dilakukan dari semasa ke semasa ? Sudahkah Suara Keadilan menembusi pasaran ?
Tuan Khalid Jaafar. Mengapa tidak mengambil kembali jawatan Ketua Penerangan? Sebab disini saya dengar banyak berita yang tidak mengembirakan. Bermula dari sini mungkin Tuan boleh memasuki rencana berbentuk falsafah , berinformasi dan memanfaatkan ?
Masih ingat nasihat tuan " politik ini hanya dasar sahaja tetapi secara dalaman dan terperinci ........ ? Orang lain mungkin ingat tuan gila tetapi saya sudah mendapat maksud tersiratnya. Selagi mentaliti masyarakat tidak dicuci , selagi persepsi masyarakat tidak diubah , selagi pemikiran masyarakat belum mantap maka selagi itulah sukar untuk kita mencapai tujuan politik kita.
Ya. Itali ! Tunggu dan lihat apa kejutan yang akan dilakukan oleh Sima Yi. Dari perlawanan pertama sehingga keempat beliau bermain corak permainan pertahanan sahaja dan pada permainan kelima iaitu menentang Jerman turut menggunakan teknik yang sama sehinggalah 15 minit terakhir dikejutkan dengan perlawanan serangan! 4 penyerang dimasuki! Syabas! Satu risiko yang amat bijak.
Setakat ini Itali masih kekal dengan pertahanan yang tidak mampu ditembusi oleh mana-mana pihak lawan. Buffon clean sheet all the way.
Bagaiman pula dengan Sima Yi Parti Keadilan? Bagaimana pula dengan Sima Yi Suara Keadilan ?
i suggest sdra azmin ali create a column of your life starts from the day u've become a public figure..yes i agree by subscribe "suara keadilan" will give input on perjuangan parti kpd generasi muda yang pragmatik and they do knows govt are not doin their jobs devotedly for the rakyat,but of course on top of that, they also wants to know who are man behind the alternative line..we young generation believe in BA in terms of destroy the dirty politics nowadays played by the govt,but BA havent strongly prove to us that we are also safe under YOUR ROOF..
Baru-baru ini saya telah menziarahi ibu saudara saya yang uzur di Hospital Universiti. Makcik saya ini berusia 84 tahun. Walaupun terbaring uzur diatas katilnya, apa yang membanggakan saya malah mengharukan hati saya adalah semangatnya untuk melihat berlakunya perubahan dalam negara kita.
Akhbar keluaran terbaru 'Suara Keadilan' dibawanya dan dibacanya ketika terlantar diatas katil.
Makcik saya sejak dari awal kes pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak mempercayai tuduhan dan fitnah yang dilemparkan keatas Anwar. Hatinya cukup bersimpati dengan nasib yang menimpa Anwar sekeluarga.
Semenjak dari itu segala perkembangan berkenaan Anwar dan KeADILAn diikuti oleh beliau dengan teliti. Beliau cukup menghargai dan menghormati perjuangan yang dibawa oleh Anwar.
Apabila saya sampai di wad nya bersama keluarga saya, makcik saya sedang tidur. Mengikut sepupu saudara saya, membaca akhbar 'Suara Keadilan' membuatkan makcik saya berasa kuat dan berupaya mengalihkan tumpuannya keatas kesakitan yang dihadapinya. Bila makcik saya terjaga dari tidurnya, beliau tidak banyak bercakap kerana masih lemah. Tetapi daya ingatannya masih kuat dan segar.
Saya berharap Sdr Azmin dan rakan-rakan terus berjuang dan tidak mensia-siakan harapan rakyat termasuk makcik saya yang begitu menaruh harapan untuk melihat berlaku perubahan besar dalam politk negara.
Mungkin usianya sudah semakin senja dan tidak mampu lagi berkempen dan menerangkan pada sanak saudara tentang erti perjuangan, tetapi bagi generasi yang lebih muda seperti saya, semangat makcik saya itu akan saya bawa kemana-mana untuk terus memberi penerangan dan seterusnya membuka sel-sel baru dalam rangkaian kenalan dan taulan untuk bersama-sama membawa perubahan.
Suara Keadilan setakat ini boleh dibanggakan,pun begitu masih memerlukan elemen2 penambahbaikan yg berterusan.skop pemberitaan perlu luas mencakupi pelbagai skop..
Turut dicadangkan Suara Keadilan ada edisi internet,yang mana perlu ada kolum khas mengenai ide2 pemimpin dan akses ke blog pimpinan KeADILan (bagi yg ada lah!)..Sekarang dah ada Minda Naib, nukilan Sdr Azmin,dlm Suara Keadilan.mungkin nanti Pak Khalid boleh kembali menukilkan sesuatu..dan diharapkan akan ada lagi 'minda-minda' pimpinan yg lain mengisi ruang...jangan asyik cerita DSAI saja.takut kelihatan kebergantungan pada DSAI secara total..dan itu bukan sesuatu yg sihat bagi perkembangan sebuah 'government in making'..
-sekadar berpendapat-
Salam,
Pengalaman saya bekerja dengan koran parti sejak Berita Keadilan (2000) sehingga tiga bulan bersama Suara Keadilan. Bahkan, pernah di satu masa, nama saya dicadangkan sebagai Editor. Sokongan saya kepada surat khabar ini tidak pernah pudar.
Namun surat khabar adalah surat khabar ~ tidak kiralah surat khabar itu milik parti politik, atau 'milik komersial'. Lebih-lebih lagi sebagai 'mewakili' sebuah "parti reformasi," imej, kandungan, bacaan masa depan kepada Suara Keadilan harus kehadapan berbanding, bukan sahaja surat khabar parti lain, tetapi juga surat khabar arus perdana. Ini penting, dan bukan dengan hanya 'menampal' muka Anwar, memetik kenyataan (dalam 'istilah' jurnalisme dipanggil "air liur orang politik") sahaja tidak cukup. Apatah lagi, kalau ia menjadi fraksi kepada mana-mana team dalam parti. Bahkan, layout juga harus jauh lebih maju daripada apa juga surat khabar yang lain. Ini cadangan saya dahulu, dan, barangkali hujah umur dan pengalaman menjadikan kertas kerja saya ini terkandas tengah jalan. Saya berusia 29 tahun sahaja kala itu.
Tentunya, semua ini menjadi "pengalaman politik" dan akan saya ceritakan kemudian hari nanti.
Pun begitu, buat masa ini, Suara Keadilan harus didokong sepenuhnya oleh pemimpin dan ahli-ahli parti. Ini waktu paling getir di mana hak untuk menerbitkan koran parti disekat. Permit tidak diberikan sejak mula. Dan, satu desakkan paling hebat harus dibuat ke atas, bukan sahaja KDN, malah terus kepada PM, Abdullah Badawi sendiri.
Ramai mengutuk orang politik, tetapi ramai juga yang bukan orang politik tetapi bersikap sama hodoh dan jengkelnya dengan orang politik.
Tanpa sebarang rasa hasat, jom... jom beli Suara Keadilan. Hanya kepada masa...
Hasmi Hashim
Ya. Semut hitam!
PKR sememanya perlu reformasi dalaman dari atas hingga ke bawah. Dari pentadbiran kepada pengurusan. Dari pemimpin kepada ahli. Dari semua aspek. Dari kepimpinan sehinggalah kepada .........................................................
REFORMASI!!!!! PKR perlu banggun! sedar! Bangkit!!!!!!!!!!!
Semut Hitam & Shen Yee Aun, saya sebenarnya muak mendengar ungkapan "reformasi dalaman" kerana yang menuntutnya pun selalu tak tahu apa yang mereka mahu. Dahulu ada kumpulan dibentuk untuk mencadangkan "reformasi dalaman" sekarang anggota kumpulan itupun hentak lesap kemana. Seperti yang saya jangkakan merekapun tak tahu apa yang mereka hendak dan nak buat apa. Keadilan perlu lebih memandang keluar, membincangkan persoalan rakyat. Bincangkan perkara yang khusus. Contohnya DSAI mencadangkan DEB dihapuskan. Isu ini sampai sekarang tidak dibahaskan. Pemimpin-pemimpin perlu membahaskannya. Dan "Suara Keadilan" perlu membahaskannya. Ini tidak berlaku. Isu Perjanjian Perdagangan Bebas tidak dibahaskan. Perlukah kita mempertahankan industri automotif? Ini tidak dibahaskan. Isu Inter-Faith Commission, parti sepi seperti kubur, padahal isu tersebut amat besar kesannya terhadap hubungan antara agama dan kaum di Malaysia. Isu itu sensitif, betul, tetapi mesti ditangani. Kenapa tidak ada jawatankuasa dibentuk untuk memahami isu tersebut dan menangani sebaik mungkin. Diam seribu bahasa dalam isu yang sebegitu penting bermakna kita takut atau tidak mahu memberikan pimpinan. Bahaskan isu seperti ini!
Ada penyokong Mahathir masuk blog aku dan beri komen macam politikus Umno cawangan Parit Kuda. Aku belasah cukup-cukup.
pasal apa blog ni tak da update...Naib Presiden sibuk kot.dah jadi "Superman" kot
ke takut dikejar 'louise lane'?
Post a Comment
<< Home