Road show SISMEP 12
Pengunjung yang budiman,
Sekian lama saya tidak berbicara. Buat masa ini, saya terlalu sibuk menjelajah ke seluruh negara untuk mengendalikan Bengkel SISMEP 12. Apa itu SISMEP 12?
SISMEP 12 adalah satu sistem perkomputeran yang berperanan membaca data dan menganalisa data secara saintifik dan sistematik untuk tujuan merancang dan melaksanakan Tindakan Strategik bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke 12. “SISMEP 12” adalah akronim “Sistem Menang Pilihan Raya 12.”
SISMEP 12 merupakan sistem yang cukup canggih untuk membantu pimpinan dan jentera Parti untuk bergerak dengan lebih fokus dan terancang berdasarkan fakta dan petunjuk ‘kelakuan politik’ pemilih di sesuatu kawasan.
Sistem ini juga mampu mengesan kaedah-kaedah penyelewengan dan penipuan oleh SPR dalam mengendalikan pilihan raya serta mendedahkan kelemahan-kelemahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.
Saya memulakan road show ini di Pulau Pinang pada 29 Julai dan disusuli dengan Perak pada 30 Julai. Tentunya saya sangat gembira menyaksikan bukan sahaja jumlah penyertaan yang menggalakkan, tetapi juga kualiti para peserta yang cukup meyakinkan.
Hujung minggu lalu, lebih 300 peserta menyertai bengkel ini. Para peserta terdiri daripada pimpinan Perhubungan Negeri, Ketua-Ketua Bahagian, AJK Bahagian, Angkatan Muda dan Wanita Bahagian.
Saya dan team dari JPRP ( Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat ) akan meneruskan road show di Kedah pada 5 Ogos ini, dan disusuli Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 6 Ogos, dan Pahang pada 13 Ogos.
Tunggu kami di sana…

9 Comments:
Oooo padanlah lama tak update, rupanya Paduka Naibpres sibuk dengan SISMEP 12. Camne sibuk pun kene gak sokong teater Malaysia. Jom-lah bawak anak-anak buah tengok teater U-Wei. Teater pun perjuangan rakyat gak!
Teater sismep & teater Uwei (seri jadi wangi)mana satu menaut hati.
Ada usaha dan idea yang baik. Diharapkan tidak melepaskan batuk di tangga. Diharapkan tidak hangat-hangat tahi ayam..
Gandakan usaha. Perbanyakkan program ini.
Usaha yang berterusan akan menghasilkan satu pulangan yang berjaya. Tahniah atas daya usaha yang tidak mengenal penat.
Abu Haziq --> teater U-Wei Wangi jadi Saksi.
"AIMAN TAK KISAH"
Ini baharu permulaan. Oleh itu , perkataan penat tidak harus timbul.
saudaraku azmin,
baru saya temui blog ini, mungkin belum terlewat utk saya mengucapakan tahniah atas keujutan blog ini, teruskan perjuangan..
atas kesemptan ini sy ucapkan terima kasih kerana menziarahi sy semasa terlantar sakit empat tahun lalu.
'jasad terpenjara jiwa merdeka'
http://kassim8888.blogspot.com/
Saudara Azmin, kenapa lama menyepi. Apakah terlalu letih dengan sismep. Apa komen saudara atas maklum balas SPR yang mengatakan sismep hanya gimik keadilan.
Hello Khalid, are you back in KL or still in DC ? I am ready to update my blog. Watch Out !
saya amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang system SISMEP 12 terutama pada bahagian spesifikasi technical, compatibility with what OS etc etc. saya juga berpendapat dan mencadangkan sistem SISMEP 12 yg telah di develop supaya diletakkan di Internet dalam kumpulan Free Software di bawah GPL licence untuk menggalakkan penyertaan orang2 awam yang mempunyai kemampuan teknikal dan daya 'kefahaman' politik yg tinggi untuk bebas melihat sumber terbuka SISMEP 12 sekaligus dapat contribute to the development of it. This can foster development of SISMEP 12 robustly to which you guys can see from Open Source Free Software Initiatives fight all over Internet. The politics of Open Source and Free Software against the monolith corrupt corporation have the same basis, same root with politics over 'land' that you guys fight all this time. The difference is, Let the techies guy scattered all over the Internet to help you guys in any way they see fit freely.
Post a Comment
<< Home