Jelajah SISMEP 12
Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) meneruskan jelajah untuk mengendalikan Bengkel SISMEP 12. Pada 25 Nov yang lalu, saya dan JK berada di Johor Bharu dan kami turun ke Masjid Tanah pada 2 Dis 2006 bagi mengendalikan Bengkel SISMEP 12 Peringkat Negeri Melaka bersama Negeri Sembilan.
Dr. Mansor Othman dan saya telah menjelaskan kepada peserta-peserta bengkel mengenai proses pembinaan SISMEP 12, kaedah membaca Dokumen SISMEP 12 dan kaedah menjalankan culaan melalui Borang Kajian Selidik (BKS) bagi mengemaskini daftar pemilih.
Bengkel ini dijalankan ketika SPR membuat pengakuan rasmi pada 19 Nov 2006 bahawa daftar pemilih 2004 tidak bersih kerana mengandungi 180,000 pemilih yang sudah meninggal dunia. Ada di kalangan pemilih yang sudah meninggal dunia selama lebih 30 tahun. Tan Sri Abdul Rashid juga mengakui terdapat pemilih yang mendaftar lebih satu kali.
Kita mesti meneruskan usaha untuk mendesak supaya SPR menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas termasuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya yang akan datang.
Bengkel SISMEP 12 akan diteruskan ke Sabah dan Kelantan.
Dr. Mansor Othman dan saya telah menjelaskan kepada peserta-peserta bengkel mengenai proses pembinaan SISMEP 12, kaedah membaca Dokumen SISMEP 12 dan kaedah menjalankan culaan melalui Borang Kajian Selidik (BKS) bagi mengemaskini daftar pemilih.
Bengkel ini dijalankan ketika SPR membuat pengakuan rasmi pada 19 Nov 2006 bahawa daftar pemilih 2004 tidak bersih kerana mengandungi 180,000 pemilih yang sudah meninggal dunia. Ada di kalangan pemilih yang sudah meninggal dunia selama lebih 30 tahun. Tan Sri Abdul Rashid juga mengakui terdapat pemilih yang mendaftar lebih satu kali.
Kita mesti meneruskan usaha untuk mendesak supaya SPR menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas termasuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya yang akan datang.
Bengkel SISMEP 12 akan diteruskan ke Sabah dan Kelantan.
4 Comments:
Nuruddin, Pilihan raya yang bersih dan adil adalah paksi utama dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi. keADILan mengajak rakyat untuk bersama melakukan lonjakan perubahan yang besar dalam pilihan raya yang akan datang. Saya mengingatkan adik-adik yang belum mendaftar sebagai pengundi dengan SPR supaya segera melakukan demikian. Pilihan Raya Umum ke 12 dijangka akan diadakan dalam masa yang terdekat ekoran keadaan politik Umno yang semakin nazak dan ekonomi negara yang semakin muram akibat pemimpin yang lembap. Ayuh, jom kita ke SPR.
Salam..Sdr Azmin,
kesekian kalinya saya singgah di sini.mohon respon Sdr mengenai pndirian TS Rashid, Pengerusi SPR yg mengatakan celup dakwat adalah prosedur yg ketinggalan zaman.bagaimana KeADILan melihat isu ini utk ditangani?
menyokong saranan Nuruddin,mahasiswa sentiasa menunggu peluang utk bangkit!bukan semua siswa/i luntur idealisme mereka..jana tekad ke arah kemenangan!
Wasalam
Pengunjung Adihamka,
Jawapan Tan Sri Rashid, SPR adalah angkuh. Kenyataan beliau tidak menggambarkan kewibawaan seorang Pengerusi sebuah badan yang bebas tetapi membawa perwatakan seperti Ketua Umno Cawangan !
DSAI telah menjelaskan dalam blognya. Amalan mencelup jari dalam dakwat terbukti dapat menanggani masalah penipuan dan penyelewengan seperti pengundi hantu dan mengundi dua kali. Mengapa Rashid tidak mempelajari kejayaan India dan Indonesia menguruskan pilihan raya dengan jumlah pemilih yang jauh lebih besar dari Malaysia ? Mengapa sistem pilihan raya di Malaysia yang terbukti kotor dan tempang masih dipertahankan oleh Rashid ? Apakah beliau adalah ajen untuk menjamin kelangsungan kuasa politik Umno ?
Justeru itu, rakyat termasuk mahasiswa harus menjana kekuatan baru untuk terus mendesak SPR melakukan reformasi dalam sistem pilihan raya agar kedaulatan rakyat terpelihara.
Salam Sejahtera ,
Satu isu yang amat besar perlukan DSAI dan YB , Ahli Pembangkang, Parti pembangkang untuk berjuang mempertahankan rakyat jelata yang sudah malang lagi ditindas. Dengar kata mangsa banjir perlu bayar sejumlah wang kepada tentera sekiranya mahu diselamatkan. Ada juga ura-ura yang mengatakan bantuan dihulurkan mengikut kaum. Ada juga yang mengatakan hanya bukan melayu yang dicaj. Ada juga yang mengatakan ada tentera yang pada mulanya buka mulut RM 4000 dan selepas itu tawar menawar sehingga rm 400. Mangsa tersebut yang miskin fakir terpaksa pinjam wang untuk menyelamatkan. Kini saya tidak cukup bukti. Oleh itu perlukan DSAI bersama NGO dan parti pembangkang turun ke bawah dan cari bukti.
Biar kita perlu berdemonstrasi dan turun ke Johor pun tidak apa. Ini merupakan satu isu yang sangat kronik. Isu ini berkaitan dengan rasuah , salah guna kuasa , nyawa dan keselamatan manusia dan berbau perkauman. Ekploitasi peluang ini dan binasakan BN di Johor dan Melaka sekiranya Kementerian Pertahanan dan orang terlibat tidak dapat memberikan penjelasan dengan baik. Kalau petisyen untuk
menentang tindakan manusia yang tidak berhati perut ini diperlukan maka laksanakan.
MP Suputeh Teresa Kok kini sedang berjuang untuk mangsa tersebut. Apa yang menjadi lebih malang ialah Surat Khabar Melayu dan Inggeris tiada berita ini .Berita ini perlu digemparkan untuk menunjukkan salah guna kuasa dan gejala yang begitu teruk ini. Banyak lagi rakyat Malaysia tidak tahu termasuk diri saya masih ingin mencari lebih banyak bukti dan sumber untuk lebih lantang bersuara menentang. Perkara ini perlu disiasat dan digemparkan serta dijadikan alat menjelang pilihan raya akan datang.
Isu yang berkaitan dengan nyawa manusia tidak boleh kita pandang rendah. Kalau setakat rasuah dan salah guna kuasa masih tidak seteruk memperjudikan nyawa manusia !!!!
Kita perlu buat segala yang perlu untuk mendapatkan keadilan bagi mangsa yang terlibat. Suruh kerajaan bayar pampasan. Selain daripada isu ini. Ada juga ura-ura mengatakan money distribution kepada mangsa banjir juga diedarkan dengan tidak adil mengikut kaum. Isu ini belum ada orang yang membuat bising tetapi boleh disiasat dan suruh orang yang bertanggungjawab tampil ke hadapan dan memberi penjelasan. Isu ini berkaitan dengan rasuah , penyelewengan dan juga perkauman.
Diharapkan kita dapat siasat. Dapatkan lebih banyak sumber dan maklumat. Lepas itu kita binasakan orang-orang yang terlibat termasuk penjelasan yang baik daripada Kementerian Pertahanan serta orang yang terlibat dalam menyalurkan wang bantuan kepada mangsa.
Sesiapa yang ada maklumat sila email kepada saya. Saya akan perbesarkan isu ini.
http://teresakok.com/2006/12/29/allegations-of-graft-flood-in/
http://gfx1.hotmail.com/i.p.send.gif
Send
http://blog.limkitsiang.com/?p=902
http://www.nst.com.my/Current_News/nst/Saturday/National/20061230085337/Article/local1_html
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20061230003800/Article/
Sekian.
http://shenyeeaun.disagrees.net/
shenyeeaun@hotmail.com
Post a Comment
<< Home