Rayuan Mahkamah Tinggi Ditangguh
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur yang sepatutnya mendengar rayuan saya pada 21 November 2006 menangguhkan sekali lagi prosiding rayuan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Menurut peguam saya, Encik C.V. Prabhakaran, pihak pendakwaraya mengemukakan permohonan penangguhan atas alasan Jabatan Peguam Negara sibuk dengan seminar.
23 April 1999: saya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi utama dalam perbicaraan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim di hadapan Augustine Paul pada 9 Mac 1999. Itu kata mereka!
Di akhir peringkat pendakwaan, mahkamah membebaskan dan melepaskan saya dari pertuduhan ini. Dalam penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen Hamdan Indah pada 13 Julai 1999, “mahkamah bersetuju bahawa keterangan Azmin hendaklah dilihat secara keseluruhan dalam kontek perbicaraan tersebut.” Menurut Hakim Hamdan Indah lagi, “daripada rekod perbicaraan, mahkamah juga tidak mendapati keterangan yang menunjukkan Azmin telah dikatakan sebagai saksi palsu atau telah bercakap bohong. Dengan itu, mahkamah memutuskan pendakwaraya telah gagal untuk membuktikan satu prima facie kes seperti pertuduhan. Azmin dibebaskan dan dilepaskan tanpa memanggilnya untuk membela diri.”
Peguam-peguam saya berhujah dengan meyakinkan mahkamah bahawa keterangan yang saya buat di hadapan Augustine Paul adalah dalam bentuk indirect speech berhubung tindakan dan ugutan pihak polis semasa dalam tahanan mulai 16 September 1998 adalah terlalu kejam. Memaksa saya membuat pengakuan tidak berasas yang melibatkan Saudara Anwar Ibrahim. Hujah ini disokong oleh saksi utama pendakwaraya sendiri iaitu Majistret Azhar Othman. Majistret Azhar bersetuju bahawa keterangan atau pernyataan yang dikatakan oleh saya ketika prosiding lanjutan tahanan reman di hadapan beliau membawa maksud bahawa tindakan pihak polis terhadap saya memanglah kejam, bersifat ugutan dan paksaan.
Tidak lama kemudian, saya difahamkan Hakim Hamdan Indah yang membebaskan saya ditukarkan ke tempat lain. Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan pada 14 Februari 2000 di hadapan Hakim Wahab Patail untuk membuka semula kes ini dan memohon supaya saya dipanggil untuk membela diri. Bantahan saya supaya Wahab Patail tidak mendengar kes ini ditolak. Bantahan ini berasaskan kepada hujah bahawa Gani Patail (adik Wahab Patail) adalah pendakwaraya yang mengendalikan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dalam tempoh 2 hari, pada 17 Februari 2000, Wahab Patail bukan sahaja membenarkan rayuan Jabatan Peguam Negara tetapi juga mengarahkan majistret yang baru untuk meneruskan kes ini di peringkat pembelaan dan bukan Hakim Hamdan Indah.
Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir diarah pula mendengar kes pembelaan saya yang bermula pada 10 Mac 2000. Sayugia diingat, Akhtar Tahir adalah hakim yang mengendalikan kes Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara yang mengaku memukul Anwar Ibrahim dengan niat mencederakannya. Hakim Mahkamah Rayuan Shaikh Daud pernah membidas Akhtar Tahir berhubung cara beliau mengendalikan kes Rahim Noor.
2 Mei 2001: Akhtar Tahir telah mendapati bahawa saya bersalah kerana memberikan keterangan palsu dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Akhtar Tahir juga meningkatkan jumlah ikat jamin kepada RM20 ribu walaupun tidak dipohon oleh mana-mana pihak, termasuk pendakwaraya.
Peguam-peguam saya segera memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Rayuan ini memakan masa lebih 5 tahun sehingga saya dihalang menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke 11 pada 2004. Alasannya rayuan saya masih didengar di Mahkamah Tinggi.
Saya berdoa semoga rayuan saya diterima berdasarkan hujah-hujah dan bukti-bukti yang diberikan oleh peguam-peguam saya yang turut dibantu oleh Encik Christopher Fernando.
Saya juga berterima kasih kepada teman-teman dan para pendukung keadilan yang sering menemani saya ke mahkamah. Sokongan dan dokongan semua menguatkan lagi semangat saya untuk meneruskan perjuangan ini.
Kita yang merancang dan berusaha yang tiada putus, sepotong ingatan al-Quran selalu saya ingat: "...akhirnya perancangan Tuhan jua yang akan terlaksana."

3 Comments:
Wah, satu hari sampai tiga posting. Pas ni jangan pulak diam sampai tiga bulam. Misti istiqamah!
Nasihat Pak Khalid pasti menjadi pegangan saya. Pak Khalid perlulah bantu saya untuk mencetuskan ide-ide baru yang boleh merancakkan lagi perdebatan.
Saudara Azmin, nampaknya mahkamah dan sistem kehakiman kita masih belum bebas sepenuhnya. Saya kira ia telah bebas bila Saudara Anwar dibebaskan. Tapi dengan kes Saudara ini dan juga kes saman Saudara Anwar terhadap Dr M yang masih belum ditetap tarikhnya, kita masih di takuk yang lama nampaknya. Saya harap Saudara akan "update'kan bloggers dengan tarikh-tarikh itu, saya akan beri sokongan di mahkamah seperti pada tahun 1998 dulu.
Post a Comment
<< Home