Muafakat baru untuk rakyat Malaysia
[ Komentar daripada tulisan berjudul “Menyanyi Jangan Sumbang, Menari Jangan Pincang” oleh DPPK Sekijang ]
***
Salam hormat dan salam perjuangan kepada DPPK Sekijang dan semua teman-teman seperjuangan,
Saya tidak bersetuju sekiranya masih ada di kalangan pimpinan dan pendukung parti yang keliru dalam kemelut Mahathir-Abdullah. Prinsip kita mesti jelas dan tuntas. Mahathir berhak untuk memberikan pandangan dan kritikan dalam apa-apa isu sekalipun. Namun, kita sedia maklum bahawa pertembungan Mahathir-Abdullah tidak berpaksi kepada isu dan agenda reformasi, walhal tidak lebih hanya berkisar kepada isu-isu yang menyentuh kepentingan terpilih di antara mereka.
Saya dan keADILan menyanggah kenyataan dan kritikan Mahathir bukan kerana beliau mengkritik Abdullah, tetapi kritikan Mahathir bersifat double-standard. Sebagai contoh; amalan rasuah dan kronisma bukan sahaja menjadi dasar pentadbiran Abdullah tetapi juga menjadi amalan Dr. Mahathir. Kengkangan terhadap media yang menutup ruang demokrasi bukanlah satu perkara baru, tetapi ia juga adalah senjata Dr. Mahathir selama 23 tahun.
keADILan mendukung semua program ekonomi dan pembangunan yang memberi kesan langsung yang positif untuk rakyat. keADILan menyokong langkah-langkah Abdullah yang membatalkan projek-projek mega.
Berhubung muafakat parti-parti pembangkang, saya berpendirian, ia perlu dimantapkan atas landasan prinsip yang cukup jelas, iaitu menjana perubahan dan tranformasi untuk menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua. Prinsip keadilan bukan milik orang Islam sahaja, tetapi untuk semua kaum dan suku kaum di Malaysia.
Saya tidak bersetuju sekiranya masih ada di kalangan pimpinan dan pendukung parti yang keliru dalam kemelut Mahathir-Abdullah. Prinsip kita mesti jelas dan tuntas. Mahathir berhak untuk memberikan pandangan dan kritikan dalam apa-apa isu sekalipun. Namun, kita sedia maklum bahawa pertembungan Mahathir-Abdullah tidak berpaksi kepada isu dan agenda reformasi, walhal tidak lebih hanya berkisar kepada isu-isu yang menyentuh kepentingan terpilih di antara mereka.
Saya dan keADILan menyanggah kenyataan dan kritikan Mahathir bukan kerana beliau mengkritik Abdullah, tetapi kritikan Mahathir bersifat double-standard. Sebagai contoh; amalan rasuah dan kronisma bukan sahaja menjadi dasar pentadbiran Abdullah tetapi juga menjadi amalan Dr. Mahathir. Kengkangan terhadap media yang menutup ruang demokrasi bukanlah satu perkara baru, tetapi ia juga adalah senjata Dr. Mahathir selama 23 tahun.
keADILan mendukung semua program ekonomi dan pembangunan yang memberi kesan langsung yang positif untuk rakyat. keADILan menyokong langkah-langkah Abdullah yang membatalkan projek-projek mega.
Berhubung muafakat parti-parti pembangkang, saya berpendirian, ia perlu dimantapkan atas landasan prinsip yang cukup jelas, iaitu menjana perubahan dan tranformasi untuk menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua. Prinsip keadilan bukan milik orang Islam sahaja, tetapi untuk semua kaum dan suku kaum di Malaysia.
Saya juga ingin mengingatkan bahawa tidak mungkin kita mencapai consensus dalam semua perkara, tetapi yang lebih utama ialah keupayaan PAS, DAP, keADILan dan semua parti-parti yang progresif untuk mencapai muafakat bersama dalam isu-isu prinsip seperti demokrasi, menghormati hak dan kebebasan mengamalkan budaya dan agama masing-masing, mengamalkan sikap toleransi dan menghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain, menentang amalan rasuah dan kronisma, menyuburkan kebebasan media dan menentang akta-akta yang zalim seperti ISA, Akta Hasutan dan Akta Cetak dan Penerbitan.
Muafakat baru ini perlu diterima dan dihayati oleh semua pihak yang cintakan keadilan dan kebenaran.
Muafakat baru ini perlu diterima dan dihayati oleh semua pihak yang cintakan keadilan dan kebenaran.
Kuala Lumpur
30 Jun 2006 / 3 Jamadil Akhir 1427
22 Comments:
Saya setuju dengan Saudara Azmin. Tetapi Keadilan lebih progresif. Berisfat inklusif. Lebih mementingkan isu-isu yang bersifat nasional, bukan isu kaum-kaum tertentu. Parti seperti Keadilan belum pernah wujud dalam sejarah Malaysia. Hanya dasar-dasar Keadilan yang boleh Malaysia bersaing dengan negara-negara seperti Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Pemimpin-pemimpin Keadilan perlu gigih dan sabar kerana sokongan makin meningkat. Dan parti-parti lain jangan cuba mempermain-mainkan Keadilan.
Dasar Keadilan yang tidak bersifat perkauman nampaknya terpaksa bertembung dengan dasar banyak parti lain yang masih bersifat perkauman, dan menggunakan "perkauman" sebagai sandaran untuk memperoleh kuasa.
Perjuangan Keadilan memang sukar, tetapi patut diteruskan.
Sesuatu dasar yang baik perlu disusuli dengan perlaksaan dan tindakan yang sewajarnya.
Jika tidak biar sebaik manapun dasar itu maka tiada impaknya.Sebagai contoh , DEB sebernanya ada kebaikannya juga tetapi selepas 20 tahun berlalu Dasar yang baik ini masih gagal mencapai matlamatnya sehingga menjadi kurang relevan dalam dunia yang semakin ke hadapan.
10 intipati dalam Islam Hadhari sebenarnya juga baik tetapi perlaksaannya diselewengkan. Begitu juga dengan pelbagai dasar yang baik termasuklah yang terkini Rancangan Malaysia ke Sembilan.
Jika Parti Keadilan ada dasar yang baik maka diharapkan seluruh jiwa dan tenaga diusahakan menuju ke arah merealisasikan apa yang ada dalam dasar.
Jika setakat ada dasar yang baik sahaja tanpa menuju ke arah itu maka adalah ibaratkan melepaskan batuk di tangga iaitu tidak menyempurnakan apa yang dirancang.
Jika Parti Keadilan mahu membawa mesej kepada Parti lain supaya jangan bermain-main dengan Keadilan maka Keadilan sendiri perlu membuktikan dahulu bahawa parti ini bukan calang-calang orangnya.
shenyeeaun.blogsome.com
(perjuangan darah muda)
Pandangan tentang budaya politik baru adalah satu visi atau wawasan yang agak sukar dicapai namun tidak mustahil untuk dilaksanakan. Seperti yang telah kita semua ketahui, ideologi yang telah disematkan kedalam jiwa setiap rakyat malaysia sejak dari zaman pemerintahan british hinggalah diwarisi oleh penjajah BN telah begitu sebati dengan kehidupan seharian kita. Budaya pecah dan perintah, perjuangan menjaga hak kaum masing2, perjuangan menjaga hak dan kepentingan golonga-golongan tertentu. Budaya feudalisma alaf baru turut merombak corak pemikiran rakyat. Pandangan peribadi saya, sesungguhnya sesuatu harus dilakukan bagi menangani masalah sosial remaja kita terutamanya remaja melayu yang kini boleh dikatakan agak tenat hasil kejayaan kerajaan Barisan Nasional yang inginkan satu generasi baru yang tidak ambil pusing tentang perkembangan politik malah lebih senang lagi untuk dikawal minda mereka secara halus dan tanpa mereka sedari. Anak-anak muda kita diracunkan fikiran mereka dengan segala bentuk hiburan yang akhirnya berakhir dengan segala jenis penyakit sosial. Begitu juga dangan ibu bapa yang tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi disebabkan pengurusan ekonomi negara yang pincang membuatkan masing2 mencari jalan untuk mencari pendapatan tambahan tanpa menghiraukan anak2 yang masih memerlukan masa untuk bermesra bersama mereka. Inilah yang dikategorikan sebagai isu NASIONAL...
Mungkin ada yang berpandangan ini isu remeh tapi bagi saya inilah asas segala kepincangan.
Min, do u know anything about the involvement of kamaluddin behind the sell of MV agusta to Gevi spa? I was inform that kamaluddin had something to do with Gevi spa
Min, aku dah kata sokong Jerman. Tapi kau nak ikut bos sokong Brazil.Kalau nak sokong Brazil sokonglah sendiri-sendiri. Jangan pulak paksa orang lain ikut sokong Brazil. Kan dah ghuyub!
Teras perjuangan Keadilan diatas paksi yang berprinsip..memberikan kelebihan kepada kemelut Mahathir - Abdullah. Keadilan, saya lihat mempunyai kekuatan minda politik yang utuh jika di banding dengan parti parti didalam komponan BA itu sendiri. Jelas nya, pembangkang ti dak seharusnya terpanggil dengan umpanan umpanan Sang Firaun. Jangan "meludah kelangit dan jatuh ke muka sendiri".
Kapan lagi harus parti parti pembangkang yang matured ini berbandaing keadilan mempunyai landasan dan hala tuju yang jelas sebagai sebuah Parti Pembangkang utuh. Harus kita mengingati diri kita sendiri bahawa Maha Firaun tetap Maha Firaun..segala cemuhan, kutukan kita terima sebagai Parti Pembangkang...tergadai atas dasar satu forum yang di anjurakan oleh Maha Firaun ...maruah dan prinsip asal kita hanya omong omong kosong.Kita sebuah parti yang di sokong rakyat..maka jangan mengkhianati rakyat kerna ideologi dan methodologi beberapa puak di peringkat tertinggi yang kuno dan terlampau tinggi Ilmu Political science mereka.
Saya menyokong "German" kerna ALPHA Clinic dari Munich. Maka Munich dan Alpha clinic dengan kebenaran ALLAH menyembuhkan DSAI.
die Welt sieht, daß Deutscher ein Comeback bildet. als die Welt gesehen zurückgekommen von Anwar Ibrahim
Guspati, hentikanlah menggunakan gelaran 'Mahafirmaun' kepada Mahathir. Kritiklah dia kerana dasar-dasarnya yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengkal dan kerana menghancurkan institusi-institusi madani. Kesilapan Pas adalah apabila menghentam terlalu emo dan kemudian terlalu cepat ingin berkawan dengan Tun M, dan dengan alasan yang dangkal seperti yang dikemukakan oleh presiden Pas. Insya Allah saya akan ulas dan kritik justifikasi yang diberikan oleh Haji Hadi dalam blog saya.
Guspati dan Khalid Jaafar,
Nabi bersabda; Sebaik-baik perbuatan adalah bersederhana;
Dalam kata lain, jangan lebih-lebih. Masalah dengan golongan 'hizb ut tahrir' ini suka berlebihan.
Diorang tak dengar nasihat Nabi SAW.
Selamat berblog untuk Azmin, sila-silalah ke blog saya, odamenulis.blospot.com
pak khalid...
ulasan itu amat dinanti-nantikan.
Shalom,
Harakah keluaran terbaru membayangkan sikap editor yang nampak berkeras mempertahan hak pemimpin PAS bertemu Dr M. Saya berminat mengulas pendirian keADILan tentang perkara itu, termasuk Anwar Ibrahim yang dilihat berbaik dengan Amerika. Sudah sampai masanya kita tidak berdolak-dalik seperti pepatah Melayu, "gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak." Media yang ada setakat ini, yang boleh terus menyiarkan pandangan saya, tentulah: www.paritsulong.blogspot.com.Akan disiarkan sesegera mungkin.
Hasmi Hashim,
Naib Ketua Bahagian
keADILan Bahagian Parit Sulong
taktik dr m-pak lah merupakan satu agenda yang telahpun di aplikasikan oleh kedua-dua saudara yang kini dan telah pun menjajah Sarawak.Maka, rakyat Sarawak tidak mengendahkan propaganda kedua pemimpin negara ini..permainan yang telah lama dimainkan Taib mahmud dan pakcik nya(tun abd ahman yaakub)...so what with tun mahathir n pak lah...
Blog ini sudah beberapa hari tak ada posting baru. Azmin, dan orang kanannya Gadafi, terlalu kesedihan dengan kekalahan Brazil. Tu lah, aku dah kata, sokong Jeeeerrrrrrman!
Kuat sangat kipas German, akhirnya German pun terkangkang juga :D
Dengar cerita Husam Musa jumpa Dollah Kok Lanas dan Kuli di MiCasar Hotel semalam untuk bincang road show Mahathir kat Kelantan? Sesiapa boleh komen?
Editor Pt. Sulong
Editor Pt. Sulong, saya sudah komen dalam entri "Menanti Ballack Beraksi." Nasib baik tulis semasa balak tu belum merudum. Lepas dikerjakan oleh pasukan Pico Mirandola dah tak ada idea lagi.
Sabar-sabar...
Italy tak berbahaya macam orang yang pakai serban. Boleh handle lagi, tapi, siapa boleh tandingi "Oration on Dignity of Man"? Satu Eropah cerah!
Fathi Habamas
Beer Bintang, Petaling Jaya.
Kenapa pula pakai serban menjadi berbahaya?
Kenapa blogger yang menggunakan id 'KeADILan' melawak menghina Fathi Aris Omar dengan mengaitkan beliau dengan Beer Bintang?
Adakah blogger yang menggunakan id keADILan ini benar-benar orang keADILan atau makhluk perosak yang cuba mengadu domba?
Adakah biro Penyiasat atau para ditektif dalam KeADILan yang boleh menyiasat perkara ini?
emm penyelesaian politik Malaysia dan melayu bukan hanya jika tidak Umno kita ke Pas
Tak usah siasat-siasat. Orang nak pakai nama samaran biarkan. Mungkin dia segan memperkenalkan identiti bila nak cubit, piat dan hentam orang lain. Takut dihentam balik. Tetapi kes "Bir Bintang" dan "Fathi Habamas" tu lain sikit. Saya rasa Fathi tak marah. Tapi mana tahu itu benar-benar dia?
I DONT FIND ANY ARTICLE REGARDING THAT ISSUE..ANY SECIFIC DATE PUBLISHED?
Khalid, apa sudah jadi dengan German? Jangan cepat melatah.
Post a Comment
<< Home