Friday, November 17, 2006

Anwar Jawab Fitnah UMNO

PENASIHAT keADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengulas dan menjawab segala tuduhan dan fitnah UMNO di dalam perhimpunan perdana pada 21 November 2006 (Selasa), jam 9 malam. Ribuan dijangka hadir untuk mendengar sendiri pendedahan dan ulasan Anwar di Sungai Lalang, Batu 21, Pekan Semenyih, Selangor.

Majlis ini bakal menyaksikan dan disertai oleh mantan Timbalan Menteri Besar Selangor, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan tokoh korporat tulin Melayu, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini merupakan Bendahari Agung keADILan.

Saya mengajak seluruh rakyat, termasuk ahli UMNO akar umbi untuk menyertai perhimpunan ini yang diadakan juga sempena hari lebaran Eidul Fitr.

Anwar pasti akan memberikan keterangan yang hebat terhadap segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh elit-elit UMNO.

3 Comments:

Blogger Khalid Jaafar said...

Wah, macam ni hebat, akupun nak pergi dengar!Siaplah kau jutawan-jutawan berkeris kena siang dengan AI.

4:33 PM  
Blogger Azmin Ali said...

Saudara Khalid,

Pak Khalid wajib pergi walaupun sedang sibuk nak terima menantu. Yang kahwin anak you, bukan you.

8:21 PM  
Blogger khairul nazaran said...

elok la sangat biar orang-orang melayu tak keliru lagi.

5:59 AM  

Post a Comment

<< Home