Samba Brazil
Tidak ada pasukan yang lebih menghiburkan saya, kecuali Brazil. Malam tadi, Brazil menang lagi, tiga-kosong, dan Ghana, sebagai pasukan yang baru pertama kali sampai ke Piala Dunia, bermain dengan cara tidak teratur, gelabah, dan, kawalan bola yang tidak kemas. Sekalipun Ghana memperolehi beberapa peluang cukup baik, ditambah dengan cara Brazil yang tidak ‘menutup’ serangan lawan, namun, pengalaman membezakan dua pasukan ini.
Sebelum ini, Jepun, sebagai pasukan “harapan Asia” juga ditewaskan dengan jumlah gol cukup besar: 4-1. Begitu juga Australia yang nampak dalam Piala Dunia kali ini cukup meyakinkan dari sudut mutu permainannya. Di atas kertas, seolah-olah tidak ada pasukan lain yang dapat menandingi Brazil daripada terus mara, walaupun pertemuan selepas ini diperkira lebih getir apabila bertemu dengan Perancis ; perlawanan yang tentunya mengimbau ingatan kita kepada perlawanan akhir Piala Dunia lapan tahun lalu, iaitu pada 1998. Waktu itu Perancis menang 3-0 dengan corak permainan berkubu dan menyerang hanya apabila perlu.
Namun begitu, kita tidak perlu fanatik dengan mana-mana pasukan termasuklah Brazil atau sesiapa sahaja pemain termasuklah Ronaldo yang berat badannya bertambah disamping kecederaannya yang belum pulih seratus peratus. Kadang-kala saya juga sering berharap agar setiap kali perlawanan, pasukan lawan akan menjaringkan gol agar perlawanan dan ‘persembahan’ Brazil menjadi lebih menarik.
Tentu sahaja bola itu bulat, dan dunia politik sama sekali berlainan dengan permainan di padang. Pertemuan dengan Dr Mahathir tempohari tidak boleh sama sekali dianggap sebagai percubaan ‘mengimbangi permainan’ dan tidak juga sebagai strategi ‘menyerang’. Tindakan tersebut jelas boleh memakan diri, selain boleh membuat para penyokong di tepi padang meninggalkan stadium.
Sebelum ini, Jepun, sebagai pasukan “harapan Asia” juga ditewaskan dengan jumlah gol cukup besar: 4-1. Begitu juga Australia yang nampak dalam Piala Dunia kali ini cukup meyakinkan dari sudut mutu permainannya. Di atas kertas, seolah-olah tidak ada pasukan lain yang dapat menandingi Brazil daripada terus mara, walaupun pertemuan selepas ini diperkira lebih getir apabila bertemu dengan Perancis ; perlawanan yang tentunya mengimbau ingatan kita kepada perlawanan akhir Piala Dunia lapan tahun lalu, iaitu pada 1998. Waktu itu Perancis menang 3-0 dengan corak permainan berkubu dan menyerang hanya apabila perlu.
Namun begitu, kita tidak perlu fanatik dengan mana-mana pasukan termasuklah Brazil atau sesiapa sahaja pemain termasuklah Ronaldo yang berat badannya bertambah disamping kecederaannya yang belum pulih seratus peratus. Kadang-kala saya juga sering berharap agar setiap kali perlawanan, pasukan lawan akan menjaringkan gol agar perlawanan dan ‘persembahan’ Brazil menjadi lebih menarik.
Tentu sahaja bola itu bulat, dan dunia politik sama sekali berlainan dengan permainan di padang. Pertemuan dengan Dr Mahathir tempohari tidak boleh sama sekali dianggap sebagai percubaan ‘mengimbangi permainan’ dan tidak juga sebagai strategi ‘menyerang’. Tindakan tersebut jelas boleh memakan diri, selain boleh membuat para penyokong di tepi padang meninggalkan stadium.
8 Comments:
Pada pendapat saya tiga goal itu sebenarnya kontroversi dan juga boleh dianggap sebagai 'offside'.
Cuba tengok replay sekali lagi dan kita akan dapati negara seperti Ghana mampu menyerang Brazil bertubi-tubi. Kita lihat semangat perjuangan pemain Ghana. Mereka kalah dengan bermaruah! Mereka membuli dan asyik membelasah bahagian goal Brazil pada set yang pertama.
Brazil terkenal dengan 'fair play' pun sudah mula resah dan bermain sedikit ganas. Setiap bola yang berada di kaki Ronaldinho ataupun Kaka dirampas.
Brazil juga jarang sekali tidak menguasai possesion dalam sesuatu perlawanan. Semalam Ghana menguasai 55%. Bayangkanlah sebuah negara pertama beraksi di Piala Dunia mampu beraksi dengan baik.
Keputusannya kalah. Walaubagaimanapun saya menganggap Ghana sebagai pemenang. Saya hormat semangat perjuangan mereka. Saya hormat sikap tidak putus asa dan rajin berlari mengejar bola. Saya hormat mereka kerana mampun mengawal tekanan dan bola dengan baik.
Ghana! Ini yang diperlukan oleh Malaysia! Malaysia tidak perlu menang tetapi mentaliti untuk menang. Sikap tidak berputus asa dan rajin serta perjuangan dan semangata yang berkobar-kobar! Bagi saya , Malaysia tak ada.
Bercerita tentang bolasepak, saya mencadangkan supaya salah satu agenda reformasi ialah merombak struktur lapok dan feudal yang begitu menebal di organisasi FAM Malaysia.
Sepatutnya bolasepak Malaysia dipimpin oleh mereka-mereka yang pakar dan arif selok belok bolasepak, bukannya diserahkan dikalangan kerabat atau ahli-ahli politik yang memperkudakan badan sukan itu untuk kepentingan peribadi.
Selagi struktur FAM atau mana-mana badan sukan tidak dibersihkan dari unsur-unsur ini, selagi itulah bolasepak dan mutu sukan kita tidak akan kemana, kerana berterusan dibelenggu oleh kerenah birokrasi dan kepimpinan yang lesu dan lemah.
Agenda reformasi dalam pertubuhan-pertubuhan sukan perlu diangkat, dibahaskan dan diwartakan secara terperinci dalam manifesto BA pada pilihanraya akan datang.
P:S Saya setuju dengan analisa Shenyeeaun, Ghana secara keseluruhan mempamerkan aksi yang cukup baik ketika menentang Brazil. Saya juga setuju bahawa sekurang-kurangnya dua gol yang dijaringkan oleh Brazil jelas offside. Bilakah agaknya temasya Piala Dunia hendak memperkenalkan kaedah pengadilan yang mengambil kira rakaman kamera TV untuk membuat keputusan yang betul. Sukan rugby, American football dan tennis mengambil kira rakaman kamera TV untuk membuat keputusan yang tepat. Bolasepak bila lagi?
Mungking sekarang tengah World Cup fever. So everybody memang seharusnya tertumpu kepada agenda bolasepak antarabangsa yang hanya 4 tahun sekali. Gus melihat bukan sahaja Samba Brazil berada di German, tetapi di Malaysia pun Tun Mahathir sedang bersamba dengan agendanya. Maka gus, fikirkan seharusnya kita tidak terpedaya dengan Samba tun Mahathir memerangkap parti pembangkan dengan ideologi politik nya yang licik. KIta harus berpegang teras kepada prinsip perjuangan dan menegakkan keadilan. "BIarlah Si luncai terjun dengan labunya".
R4MC
orangtelawi,
dari pak menteri sampai ke rakyat marhaen,memang ramai yang sokong brazil.samada ada mereka menganalisa keupayaan brazil ataupun sekadar ikut rasional dan minat,tak tahu lah..tapi apapun analisa yee aun tu dipersetujui.brazil bukan pemenang sebenar..
Jerman jumpa Argentina,kita tengok siapa yang kena!
wah..sempat gak layan bola. Well now that we are in the topic of football or (soccer in the US). It shows without saying that Malaysian sports and politics are exactly the same. We are now like all other viewers of which their country does not qualify for the world cup can pick any country we want to support(myself include). Malaysian public (at least 60%) of them are still enjoying their life as if nothing is wrong around them unless it will effect them directly (individually). They never bother to question whatever stupid or unacceptable decision made by the government in the interest of the public. Like now, everything seems normal although petrol,electricity tariff and whatever necessity is on the rise (price). Now sugar is gone missing??? custom driving BMW's chasing I dont know who...education going haywire, teenage girls gone sex craving same goes with the boys.
Errr did I'm making any sense from all this blabbering??? Well it all comes down to POLITICS..or whatever left of it. Whose actually running this country anyway? wow..this is far out from the earlier discussion about football...sorry min.
I guess this is due to my frustration towards the government that doesnt allow its public to listen and think on their own.
By the way I support MY Team...not because of khairi but because the idea do come from us. Cause sports and politics dont mix......
Jermanlah, Jeeerrrrman!
Saya tidak menyebut tentang bola. Maksud tersirat saya tidak dapat ditangkap oleh kalian. Tersirat saya sebenarnya ingin menyampaikan strategi politik yang mungkin berguna untuk pilihan raya akan datang. Mungkin dan saya tidak kata semestinya.
Tersiratnya , ialah Ghana hanya beraksi di Piala Dunia untuk kali pertama dan pertandingan ini diadakan 4 tahun sekali.
Parti Keadilan hanya beraksi di Piala Pilihan raya kebangsaan kali kedua dan akan datang kali ketiga dan pertandingan ini diadakan setiap 4-5 sekali.
Jika UMNO ataupun Barisan Nasional diumpakan seperti Brazil maka mengapa tidak Keadilan dianggap sebagai Ghana?
Apa yang saya ingin sampaikan ialah walaupun Brazil menang tetapi menang dengan 'gol' kontroversi iaitu walaupun Barisan Nasional menang mungkin menang dengan offside dan pada masa yang sama Ghana kalah dengan penuh bermaruah.
Persoalannya kini adakah Parti Keadilan kalah dengan penuh bermaruah?
Bagi saya , walaupun Ghana kalah tetapi semangat juang , usaha , kerajinan , sikap tidak putus asa dan bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadapi tekanan daripada sebuah pasukan yang begitu kuat yang mempunyai pengurus pasukan dan pemain handalan dunia. Bagaimana pula dengan Parti Keadilan?
Adakah Parti Keadilan akan mencontohi Ghana dalam pilihan raya yang akan datang? Saya tidak kata kita berjuang untuk kalah tetapi berjuang dengan penuh keikhlasan dan semangat juang yang tinggi dan jika kalah pun kita kalah dengan penuh bermaruah.
Ketua pasukan Ghana Appiah mempunyai pengalaman beraksi di Juventus pada suatu ketika dahulu. Keadilan di sini pula Anwar pernah bermain di UMNO pada suatu ketika dahulu. Oleh itu , saya tidak nampak perbezaan dari segi kewibawaan. Perbezaannya mungkin dari segi kesungguhan.
Keadilan mesti mengawal possesion perlawan politik ini seperti mana Ghana menguasai 55% berbanding dengan 45% Brazil yang mana sebelum ini Brazil jarang-jarang sekali terlepas daripada menguasai possesion perlawanan.
Kerajaan mungkin selama ini suka menanmpilkan fairplay mereka tetapi adakah Keadilan mampu bermain seperti Ghana yang banyak memberi tekanan kepada Brazil sehingga menonjolkan aksi tidak fair play mereka?
Jika setiap bola di kaki Ronaldinho ataupun Kaka dirampas adakah kini setiap bola di kaki Pak Lah , Khairy mahupun Najib mampu dirampas oleh barisan pemain Keadilan seperti Tien Chua , Azmin , Khalid Jaafar
( Khalid al- walid) , Nik Nazmi , Ezam dan sebagainya.
Jika refree ingin mengetepikan gol kontroversial yang dianggap offside itu sebanyak 3 kali maka jika SPR itu hendak mengetepikan gol kontroversial Barisan Nasional jika ada maka itu hal mereka. Sebabnya , mata penonton tidak buta. Penonton disini ibaratkan rakyat jelata.
Jika ada cadangan hendak membuat keputusan dengan menggunakan rakaman kamera TV. Mengapa tidak cadangan semirip ini dicadangkan untuk menggantikan SPR? Rasanya kalau dicadangkan pun mungkin tidak akan berlaku sebab kalau refree dihapuskan maka kepentingan orang tertentu mungkin akan tergugat. Antaranya ialah Ketua Bookie dunia dan orang-orang yang terlibat.
Jika Ghana dapat menyerang Brazil dengan serangan bertubi-tubi tanpa rehat dan mengenal apa erti itu jemu dan putus asa
( tengok replay astro 901 )mengapa tidak Keadilan berbuat demikian?
Perlawanan Ghana sebenarnya menakutkan dan kucar-kacirkan pasukan pemain temasuk pengurus Pareira yang nampak 'tension' melihat serangan yang penuh bersemangat dan mantap itu.
Cuba tengok replay dan tengok berapa banyakkah serangan yang berjaya dilakukan oleh Brazil? Brazil hampir tiada peluang untuk menyerang walaupun saya tidak menafikan ada sedikit. Persoalannya adakah fenomena ini setimpal dengan gelaran antara pasukan serangan terhebat dunia ?
Tengok dengan mendalam dan kalian akan perhatikan sebenarnya sepanjang perlawanan ini 9 pemain Brazil berada di bawah untuk bermain permainan pertahanan. Saya rasa bukan mereka ingin bermain 'defense game' tetapi terpaksa untuk berbuat demikian kerana menghadapi tekanan.
Keadilan cuba tunduk dan paksa Barisan Nasional untuk menukar corak permainan mereka dan memberi banyak tekanan dan serangan terhadap mereka sehingga menakutkan mereka dan biar mereka tiada peluang untuk mara ke hadapan.
Kita jangan terlalu bercita-cita tinggi. Ghana tahu adalah tidak mungkin untuk mereka menang dalam Piala Dunia 2006 tetapi adakah ini bermaksud jika mereka terus berlatih dan rajin berusaha mereka tidak mampu untuk Piala-piala dunia yang akan datang? Kekalahan sekali , dua , tiga , empat ataupun lima kali bukannya masalahnya.
Jika 2008 ataupun 2007 kita tidak menang pun dan asalkan memberi perlawanan yang sengit dan baik seperti Ghana siapa tahu 2012 kita akan menjuarai piala pilihan raya ? Tiada apa-apa yang tidak mungkin berlaku kerana siapa yang menyangka Negara Greek akan menjuarai Piala Eropah pada tahun 2004 ?
Kini , saya bukannya ahli pembangkang ataupun kerajaan. Saya bukannya rakyat Brazil ataupun Ghana. Pilihan saya ialah siapa yang banyak berusaha tidak kira Brazil , Korea , Jerman , Ghana ataupun mana-mana negara dan pada masa yang sama tidak kira DAP , GERAKAN , UMNO , MIC , MCA , PAS ataupun Keadilan.
Jika sebut tentang bola sepak. Pilihan saya sebenarnya Portugal yang kini berada di bawah pengurus Scolori ( antara pengurus terbaik dunia ). Kita tunggu dan lihat sahajalah. Kepada penyokong Jerman kita akan tahulah sama ada mereka akan dikuburkan oleh Argentina pada Jumaat ini ataupun tidak.
Saya kurang menyokong Jerman kerana apabila Tuan Rumah beraksi akan memberi 'disadvantage' kepada pihak lawan. Oleh itu , diharapkan Argentina dengan barisan pemain seperti Lionel Messis ( kesukaan saya) , Tevez , Riqulme
( playermaker terbaik dunia ), Crespo dan sebagainya untuk menonjol.Harap-harap begitulah.
Apa yang menghairankan? Bila pula Barisan Nasional akan kalah kepada DAP ataupun Keadilan ?
Post a Comment
<< Home