Mukadimah
Salam perjuangan,
Saya berbangga untuk bersama berkongsi idea dan pengalaman dalam agenda besar perjuangan untuk membawa perubahan dan islah di negara yang kita cintai ini ~ Malaysia. Blog ini bakal memuatkan jadual, aktiviti dan kenyataan penting saya yang melibatkan agenda perubahan umumnya, mahupun menyentuh Parti Keadilan Rakyat ( keADILan ) khususnya.
Tentulah kita bertuah kerana pada zaman ini, kemudahan blog memberi satu lagi kesempatan untuk kita sama-sama mengaplikasikan teknologi ini sebagai salah satu medium penting untuk berkomunikasi dan penyebaran maklumat. Sungguhpun begitu, saya tetap berpandangan bahawa kita tidak boleh sedikitpun cuai dan leka untuk terus memperjuangkan demokrasi dan keadilan termasuklah dalam hal kebebasan media. Dengan adanya teknologi blog ini bukan bermakna pemerintah sudah terlepas daripada tanggungjawabnya untuk memberikan kebebasan dan keterbukaan kepada media sebagai hak yang paling asas di dalam sistem demokrasi dan masyarakat madani.
Sekarang saya berada di ibu negara bersama pimpinan tertinggi Keadilan, termasuk bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mulai menetap di dalam negara sejak awal Jun ini untuk sama-sama membawa agenda besar perubahan sepertimana yang beliau janjikan.
Setiap pandangan dan idea yang disalurkan melalui halaman blog ini tentunya akan dipertimbang dengan cukup terperinci demi perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.
Sekain dahulu, salam penuh ikhlas dari saya kepada semua pembaca.

14 Comments:
Selamat berblog naibpres!
Dunia blog sama penatnya dengan politik. Selamat datang.
salam..
moga ini menjadi satu wadah utk meluaskan jaringan komunikasi dgn para penyokong di luar..
Salam hormat Sdr Azmin Ali
Saya mengucapkan syabas kepada saudara dengan kehadiran blog ini. Saudara adalah salah seorang tokoh dan pejuang reformasi yang cukup tegar dan gigih membawa mesej perubahan. Saya berharap dan berdoa saudara dapat mengekalkan stamina dan daya juang saudara untuk terus melanyak UMNO dan Barisan Nasional sehingga lumat.
syabas! kalau boleh hari hari mau ada bahan.
adalah menjadi tanggungjawab sdr supaya menjadikan golongan masyrakat bawahan juga mendapat info yang berterusan, mereka tidak mempunyai capaian teknologi IT, dan tandus dengan maklumat baru, agar golongan ini tidak ketinggalan
Kata hari ini lancar, takde ape-apepun!
Salam,
Saya mewakili seluruh ahli dan pimpinan keADILan peringkat Bahagian Parit Sulong mengucapkan syabas kepada Saudara Azmin Ali atas kesanggupan dan kesediaan saudara untuk turut sama berada di dalam arus internet (blog).
Kami juga mengucapkan terima kasih kerana saudara sudi hadir ke Bahagian Parit Sulong pada 26 Mei lalu.
Cukup banyak perkembangan yang baik terutama semangat penyokong yang semakin berkobar-kobar dan penambahan ahli yang nampaknya berterusan.
Semoga perjuangan ini dapat terus dipertingkat.
Wassalam,
Zailan Abdul Hamid,
(Ketua Penerangan Bahagian Parit Sulong)
Welcome to the world of blogging...wahai ketua bahagian
smoga ALLAH SWT mmberkati prjuangan DSAI n SAUDARA AZMIN...
cakap je.. berjuang untuk rakyat..tapi hampeh...banyak tempat g melawat tapi kt area gombak dan batu caves x dtg,, setakat rasa ingat dah boleh menang kot kat parlimen Gombak..tak payah lah buat kerja..setakat bercakap kat parlimen je pandai tapi kat parlimen sensiri x tau nak jaga ... baik x payah..

ada pogram kat surau dan ada dalam jadual nk datang.. tp x datang ..apacite ..mcm ni ke di nama kan pemimpin setakat nk pilihanraya dan pogram yg besar2 je baru nk datang tunjuk muka.. baik toksah..
hai orang yg ada dlm blog ni yg telah memberi komen..x baik guna perkataan org tua yg x sedarkan diri.kita perlu ingt Dr M bangsa kita juga.. jangan lah kita ni x sedar diri dengan mengata kan ketuanan melayu perlu di hapuskan..ingat kita bangsa melayu dan mempunyai raja-raja setiap negeri..mungkin saudara-saudara dah lupa kot asal usul saurdara-saudara .
Post a Comment
<< Home