Friday, February 09, 2007

Anwar Is Back !

Ahli-ahli dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat muafakat untuk mengangkat Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama parti dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada penghujung bulan Mei 2007. Sementara seluruh peringkat ahli dan pemimpin keADILan menghargai sumbangan besar dan khidmat YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dalam mengasaskan parti dari awal penubuhannya dalam tahun 1999, dan berjaya meletakkan parti di satu tahap yang membanggakan; kami sepakati bahawa kepimpinan Anwar dalam Pilihan Raya Umum ke 12 amat penting.

Anwar mempunyai peranan besar dalam menarik sokongan pelbagai pertubuhan dan individu di luar parti untuk bersama-sama dengan keADILan dalam pilihan raya yang akan datang. Anwar perlu mengukuhkan lagi muafakat reformasi di kalangan parti-parti politik khususnya keADILan, PAS, DAP dan juga NGOs. Anwar juga mampu mengalih sokongan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk mendukung agenda perubahan yang dipimpin oleh beliau.

Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Gombak yang akan bersidang dalam pertengahan bulan Februari akan mencalonkan Anwar sebagai Presiden. Kami juga akan memastikan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah akan terus diberikan peranan utama dalam usaha untuk memperkasa parti. Semoga usaha murni kita diberkati dan mendapat kejayaan.

2 Comments:

Blogger The Truth said...

Anwar sudah expired..ajaklah dia bertaubat dengan taubat nasuha mudah-mudahan dosanya diampunkan.
p/s: yang ikhlas dari kawan lama.
http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

2:34 AM  
Blogger ADIhamka said...

Sdr Azmin,
ramai mula memuntahkan peluru ke atas keADILan dan tidak terkecuali Sdr sendiri.wajar kiranya ada defense statement untuk memperbetulkan keadaan.

3:20 AM  

Post a Comment

<< Home