Sunday, January 28, 2007

Program Kerja keADILan : Memantap Perjuangan

Saya amat terharu dan berbangga kerana ada penyertaan yang baik dalam 'retreat' atau program kerja di kalangan ahli-ahli MPT selama 2 hari pada hujung minggu yang lalu di Kuala Lumpur. Program tertutup ini turut disertai oleh wakil Wanita dan Angkatan Muda, NGO's serta tokoh-tokoh masyarakat dan usahawan yang mendukung perjuangan keADILan walaupun belum menyertai parti secara formal. Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambil tugas sebagai Pengarah projek dan mengendalikan sendiri perjalanan program dengan tegas dan terikat dengan disiplin yang ketat.

Program ini sarat dengan perbincangan dan perbahasan ke arah usaha untuk menggarap tapak sokongan yang lebih luas, mobilisasi komitmen yang lebih untuk parti dan memantapkan perjuangan keADILan dalam menghadapi pilihan raya umum yang ke 12. Program ini juga disulami dengan aktiviti kerohanian termasuk Kuliah Subuh dan Kuliah Maghrib.

Retreat ini juga memberi pendedahan kepada Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang secara berasingan untuk berdepan dengan pimpinan tertinggi keADILan dalam merongkai beberapa isu yang 'sensitif'. Umumnya, perbincangan berjalan baik. Saya merasa lega melihat permulaan sikap dan semangat baru untuk mencari titik pertemuan khususnya di antara PAS dan DAP.

DAP menegaskan dengan nyata kesediaan mereka untuk memulakan kerjasama dengan keADILan di Pulau Pinang.

Program kerja ini akan diteruskan di 5 buah negeri tumpuan dalam tempoh 2 bulan yang akan datang.

4 Comments:

Blogger Tinie said...

Kindly inform bila program ini akan diadakan di Penang. Akmi senantisa memberi sokongan yg padu .Thanks.

9:40 PM  
Blogger Azmin Ali said...

Hi Tinie,

Saya hargai dokongan dan khidmat untuk mencapai matlamat membina negara malaysia yang adil untuk semua rakyat.

1:53 AM  
Blogger Mr. Right said...

Hopefully, program sebegini boleh merapatkan hubungan semua pihak. Malaysia memerlukan barisan pembangkang yang kukuh sekurang-kurangnya untuk check segala urusan kerajaan.

11:25 PM  
Blogger Azmin Ali said...

Editor,

Saya setuju. Saya cukup optimistik masa untuk perubahan semakin nyata. Kita perlu menggarap seluruh kekuatan untuk menjana perubahan dalam pilihan raya yang akan datang. Parang tidak boleh melemahkan semangat kita untuk meneruskan perjuangan. Pemimpin elit UMNO adalah golongan desperado yang sanggup berbuat apa saja untuk menjamin kelangsungan kuasa politik mereka. Rakyat harus bangun dan mengubah minda mereka agar lebih kritis terhadap kebejatan dalam sistem pentadbiran negara termasuk rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran dan jenayah politik dalam UMNO dan BN.

7:58 AM  

Post a Comment

<< Home