Thursday, January 25, 2007

Majlis Penerangan Isu-Isu Panas

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gombak akan menganjurkan majlis penerangan dan dialog mengenai isu-isu semasa pada 28 Januari 2007 (Ahad) jam 8.30 malam di Pejabat keADILan Bahagian Gombak, No. 16 - 1, Jalan Wangsa Setia, Wangsa Melawati.

Saya akan menjelaskan beberapa isu panas hari ini yang menuntut kita semua untuk bersama-sama melakukan perubahan yang besar dalam sistem kenegaraan di Malaysia.

Saya menyeru kepada semua pengundi di Parlimen Gombak dan kawasan sekitar untuk bersama-sama dalam majlis ini untuk kita berkongsi pengalaman dan pendapat bagi menanggani kegawatan pentadbiran BN hari ini.

Semoga kita bertemu di hujung minggu ini. Salam Perjuangan.

1 Comments:

Blogger Azmin Ali said...

Saya gembira kerana ada penyertaan yang baik dalam majlis ini. Saya juga terharu kerana terdapat beberapa pimpinan keADILan yang lama muncul semula dan menyatakan kesediaan untuk bergerak lebih aktif bagi menjana kekuatan parti menjelang pilihan raya yang akan datang.

8:48 PM  

Post a Comment

<< Home