Friday, February 09, 2007

Lawatan Kerja ke Pandan

Malam ini, 10 Februari 2007 (Sabtu), saya akan mengadakan pertemuan tertutup dengan ahli-ahli dan pimpinan keADILan Bahagian Pandan. Pertemuan ini bertujuan untuk mendengar pandangan dan maklumbalas dari pimpinan akar umbi mengenai masa depan parti di samping membincangkan persiapan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 12.

5 Comments:

Blogger Mr. Right said...

Likecat,
Please some other place to promote your blog. Lame taktic la bro.

Azmin,
Aku harap KeAdilan ada peluru2 simpanan untuk di keluarkan bila hampirnya pilihanraya umum nanti. Since sekarang ni isu2 yang tgh panas akan menjadi sejuk. Sedangkan BN belum mula tempak pembangkang lagi. So, Simpan la sikit. All the best..!

7:00 PM  
Blogger Shamsul Iskandar Mohd. Akin said...

Fokus Pada Anwar

Meskipun Kongres Tahunan KeADILan bakal berlangsung pada bulan Mei depan, bahangnya sudah terasa seawal hari ini. Dalam pada kita mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pilihanraya yang hanya menanti ilham PM untuk diadakan, KeADILan juga dalam proses memperkemaskan kepimpinan dan jentera parti apabila dalam kongres akan datang juga akan dilangsungkan pemilihan parti. Kita tidak seperti Umno, yang seringkali menangguhkan amalan demokrasi dalaman mereka apabila tiba waktu pilihanraya. KeADILan tegar dan tegas untuk melaksanakan amalan demokrasi yang kekal menjadi mauduk utama perjuangan meski terpaksa berhadapan dengan cabaran kecil pemilihan.

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan memandangkan terdapat kepelbagaian pendekatan ketika mana parti yang muda ini ghairah untuk mempraktikkan amalan demokrasi. Di suatu sisi, ada pandangan yang menyatakan bahawa amalan muafakat tanpa pertandingan dan mungkin juga tanpa pencalonan yang pelbagai mesti menjadi keutamaan pada tahap ini. Muafakat juga demokratik kata mereka. Saya juga cenderung untuk bersetuju dengan pandangan ini. Asasnya ialah prinsip syura seperti yang dinukilkan di dalam Al-Quran yang menggalakkan kita bermesyuarah, wa amruhum syura bainahum. Alasan utama pandangan ini ialah bagi mengelakkan bibit perpecahan yang lebih besar di dalam parti.

Di dalam masa yang sama pandangan yang menyatakan bahawa pesta (kalau boleh saya gunakan istilah ini) demokrasi mesti kelihatan di dalam parti yang komited dengan agenda perubahan khususnya di dalam usaha memperbaiki sistem dan amalan demokrasi di Malaysia juga tidak boleh disisihkan. Ada kebenaran dan niat yang murni bagi kumpulan yang mendokong sisi pandangan ini. Saya teringat salah satu bab di dalam buku karangan Wilfred Madelung, The Succession of Muhammad yang menceritakan bagaimana beberapa pencalonan telah dibuat semasa perbincangan Sahifah Bani Saadah untuk memilih Khalifah baru selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. walaupun Baginda Rasul seolah-olah telah menunjuk pengganti beliau iaitu Abu Bakar As-Siddiq.

Walau apapun pertandingan (contestation) pandangan, pada hemat saya, Kongres kali ini perlu menjadi titik tolak keADILan untuk melangkah lebih berani. Persoalannya bagaimana ? Saya beriltizam menggerakkan seluruh kekuatan Angkatan Muda untuk menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden keADILan dan juga mendesak Kerajaan agar beliau dibenarkan untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Saya tegas menyatakan, ini wajar menjadi fokus utama kongres parti akan datang. Bukan bermakna menafikan amalan dan semangat demokrasi di dalam parti, tetapi adalah lebih penting bagi kita untuk meletakkan keADILan di landasan yang tepat dengan kemudinya dipegang secara serius oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan penyertaan beliau sebagai Presiden, pastinya keyakinan ahli dan rakyat Malaysia akan bertambah dan suasana/ambience ini akan memperhebatkan lagi keADILan untuk berhadapan dengan Umno/BN dalam Pilihanraya Umum akan datang. Mengikut urutan fiqh keutamaan, di dalam keadaan sokongan rakyat kian memuncak kepada keADILan dan perubahan politik, perkara ini yang wajar kita tekankan, bukannya ghairah untuk merebut jawatan di dalam parti.

shamsuliskandar.wordpress.com

8:38 AM  
Blogger keADILan Parit Sulong said...

Salam...

Parit Sulong bukan sekadar terus istiqamah, tetapi juga kini semakin aktif. Layari:

www.paritsulong.blogspot.com

2:52 PM  
Blogger keADILan Parit Sulong said...

Salam... teman-teman,

Saya yakin bahawa pertandingan dan persaingan adalah sihat. ebagai sebuah parti bertiang seri demokrasi, tentu tidak ada dakwa-dakwi lagi terhadap perkara berkenaan.

Persoalan ke hadapan tentunya persoalan membaris para pimpinan berwibawa dan mampu meraih sokongan untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum. Bukannya menjadikan "Pilihanraya Umum" sebagai alasan menutup ruang demokrasi.

Sekian, sebagai penegasan ringkas.

Hasmi Hashim,
Parit Sulong.

2:59 PM  
Blogger lan_kedah288 said...

mari bersama-sama bertekad untuk untuk menjayakan misi untuk menjatuhkan kerajaan barisan nasional atau umno khasnya yang mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

10:36 PM  

Post a Comment

<< Home